Showing posts with label musykillah. Show all posts
Showing posts with label musykillah. Show all posts

Monday, September 20, 2010

usrah vs mama papa

salam.
sis.
saya nadia.
saya bersekolah di sebuah sekolah agama di Kuala Lumpur. saya adalah anak harapan kedua ibu bapa saya dan ibu bapa saya meletakkan target yang tinggi untuk saya berjaya dalam pelajaran dan cemerlang dibidang kokurikulum. Alhamdulillah saya menjadi Penolong Ketua Pelajar di sekolah saya dan mengikuti banyak aktiviti kokurikulum hingga peringkat kebangsaan. SPM is just around the corner. di sekolah saya, saya mengikuti usrah yang dihandle oleh kakak yang datang dari luar (bukan dari dalam sekolah saya). alhamdulillah sudah setahun saya mengikuti usrah tersebut dan kedua ibu bapa juga mengenali kakak usrah saya itu. baru-baru ini ibu bapa saya tidak lagi membenarkan saya mengikuti usrah kakak tersebut yang diadakan pada hari ahad setiap minggu dengan alasan tidak mahu mengganggu pelajaran saya.

saya rasa agak bersalah dan rasa malu untuk berjumpa dengan kakak tersebut. saya tahu usrah bukan alasan untuk tidak berjaya dalam pelajaran namun kehendak ibu bapa saya adalah sebaliknya. mungkin ada cadangan untuk saya kerana saya ingin cemerlang dunia dan akhirat juga.



****************
Salam Nadia..apa kabar? =)
Akak baca email adik ni, akak tersenyum. Teringat zaman akak di sekolah dulu. Tapi masa tu, akak bukan busy dengan usrah. Akak busy dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum lain, seperti camping, kursus, pertandingan debat dan sebagainya. Sampai satu tahap, ibu akak juga melarang akak untuk menyertai lagi aktiviti-aktiviti ini kerana mahu akak beri tumpuan kepada pelajaran.
Satu perkara yang adik perlu sangat faham adalah, ibubapa adik sangat sayangkan adik. Dan kerana itu, ibubapa adik perihatin dan risau andai kata adik kecundang dalam pelajaran, apatah lagi dalam peperiksaan yang penting seperti SPM. Mungkin ibu bapa adik tak dapat memahami kepentingan usrah dalam kehidupan adik seperti mana yang adik rasakan. Tapi yang pasti, mereka menginginkan adik cemerlang dalam pelajaran agar berjaya di masa hadapan. Jadi, seandainya wujud rasa marah dalam diri adik terhadap ibubapa adik kerana larangan mereka ini, nasihat akak, buangkan jauh-jauh perasaan itu. Sebaliknya, tingkatkan kesyukuran kepada Allah kerana adik mempunyai ibubapa yang menyayangi adik, serta tingkatkan rasa kasih sayang adik kepada kedua ibubapa adik. Seterusnya, mari kita cari jalan bagaimana mahu mengatasi isu ini.
Dalam proses memberikan cadangan kepada adik, akak nak bawa adik berfikir secara berperingkat.
1) Yang pertama, sejak setahun lalu, ibubapa adik telah membenarkan adik mengikuti usrah. Malah ibubapa adik juga telah berkenalan dengan kakak-kakak yang mentarbiyah adik ni. Ini bermaksud bahawa ibubapa adik membenarkan, meredhai dan memberkati adik untuk mengikuti usrah. Alhamdulillah kerana itu. Sesungguhnya tidak semua ibu bapa membenarkan anak mereka mengikuti usrah. Dari sini juga, kita dapat tahu bahawa ibubapa kita bukan saja-saja mencari-cari alasan agar kita tidak mengikuti usrah.
2) Bilamana SPM dah semakin menghampiri, barulah ibubapa adik meminta adik untuk 'berhenti sebentar' dari mengikuti usrah. Dan, bak kata adik, ini agar ia tidak mengganggu pelajaran adik. Ini juga bermakna, bilamana adik telah habis SPM, ibubapa adik akan membenarkan adik untuk kembali mengikuti usrah, kan? Sekali lagi, alhamdulillah..adik tahu di masa hadapan, adik akan terus mengikuti usrah, insya-Allah.

3) Jadi isu sekarang ni adalah, dalam tempoh sekarang sampai ke hari kertas terakhir SPM nanti, bagaimana?
a) Dari satu sudut, mungkin adik boleh meluaskan lagi definisi 'usrah' bagi adik. Akak mengandaikan bahawa definisi 'usrah' bagi adik, dan juga bagi ibubapa adik adalah bilamana kalian duduk dalam halaqah, memluakan dengan tadarus quran, kemudian dengan tazkirah atau pembentangan oleh naqibah (kakak-kakak usrah tu), kemudian mungkin juga pembentangan oleh mana-mana ahli kumpulan usrah seperti yang telah ditugaskan, kemudian ada sesi isu-isu berbangkit, diakhiri dengan doa, mungkin juga dengan jamuan ringan selepasnya, setelah itu usrah bersurai. Semua kembali ke kerja masing-masing. Dan untuk semua urusan ini berjalan, sudah cukup untuk memakan masa sejam ke dua jam daripada waktu adik. Suatu ketika dulu, ini juga definisi usrah bagi diri akak
b) Bilamana akak mengikuti usrah di universiti, barulah akak nampak usrah dalam skop yang berlainan. Di universiti akak dulu, bilamana musim peperiksaan menghampiri, usrah seperti definisi di atas akan diberhentikan. Bermakna, tiada 'usrah' akan berjalan. Dan tujuannya adalah untuk memberi ruang kepada kami untuk fokus kepada akademik. Tetapi untuk memastikan hati antara setiap ahli usrah sentiasa tertaut, maka seminggu sekali, sepertimana jadual biasa usrah, kami akan tetap berkumpul, tetapi untuk belajar bersama. Dan selalunya, ketika ini, pertemuan kami lebih lama daripada pertemuan usrah biasa. Malah ketika ini juga, ukhuwah antara kami menjadi lebih rapat.
c) Ada kalanya, walau bukan musim peperiksaan, namun dek kesibukan semua orang menyebabkan sukar untuk berkumpul dan ber'usrah', maka kami akan 'usrah' cara lain. Sebagai contoh, semua wajib menghadirkan diri pada riadah mingguan, di mana di situ menjadi tempat kita bertemu dan menggantikan 'usrah' pada minggu itu.
d) Memang, pada kedaan yang lebih ideal, 'usrah' yang formal itu mungkin tidak sepatutnye berhenti walau apa jua yang mendatang. Namun, dalam keadaan kehidupan seharian kita yang tidak lari daripada urusan-urusan penting yang lain, 'usrah' itu bisa diubahsuai dalam bentuk-bentuk yang selain daripada kebiasaan. Contohnya seperti yang akak berikan dalam bahagian (b) dan (c).
e) Pertama sekali, apa yang adik perlu lakukan adalah menceritakan kepada naqibah adik akan masalah adik ini, dan bawa berbincang bersama naqibah dan juga bersama ahli usrah yang lain. Dalam penceritaan di atas, adik mengatakan bahawa adik rasa "bersalah dan malu untuk berjumpa dengan kakak tersebut". Ini satu perasaan yang akak syorkan adik buang. Akak menggalakkan adik untuk menjadikan kakak-kakak usrah adik tu sebagai tempat mengadu sebarang masalah, dan tempat rujukan dan tempat mendapatkan nasihat untuk menyelesaikan masalah adik. Kerana itu lah peranan seorang naqibah. Selagi mana kita tidak mampu berterus terang dengan naqibah kita tentang keadaan kita, maka 'barrier' antara kita dan naqibah sebenarnya belum dihapuskan sepenuhnya. Akak yakin, jika adik menceritakan masalah adik kepada mereka, pasti mereka akan mencari jalan untuk meleraikan masalah adik ini secara bersama.
f) Apa yang akak boleh cadangkan kepada adik, untuk dicadangkan kepada kakak-kakak usrah adik nanti adalah, menjadikan pertemuan usrah tu sebagai tempat untuk berdiskusi tentang pelajaran bersama-sama. Jadi, pertemuan mingguan kalian mungkin masih boleh dimulakan dengan tadarus al-quran, kemudian mungkin dengan tazkirah yang amat ringkas dari naqibah. Dan waktu seterusnya digunakan untuk belajar. Kelebihan di waktu ini adalah adik-adik ada kakak-kakak tu sebagai tempat merujuk dan bertanya. Dan ia boleh terus begini sampai SPM sendiri atau hingga waktu yang lebih hampir kepada SPM. Pada ketika itu, mungkin sudah cukup untuk naqibah adik hanya datang bertanyakan kabar dan memberikan sedikit kata semangat, kemudian adik kembali kepada pembelajaran adik. Jika naqibah adik tidak datang sekalipun, adik-adik sesama ahli usrah boleh berkumpul sebentar ketika waktu makan dan sebagainya untuk saling bertanya kabar dan memberikan kata semangat dan nasihat.
g) Dengan 'usrah' yang sebegini, i.e. sudah bertukar menjadi 'study group', mungkin ibubapa adik akan membenarkan untuk terus bertemu dengan kumpulan usrah adik ini. Jika ibubapa adik kurang mempercayai, maka mungkin 'usrah/study group' ni boleh diadakan sahaja di rumah adik. Iaitu di bawah pemantauan ibubapa adik. Bila mereka lihat kalian tetap berkumpul seperti biasa tapi untuk berbincang tentang pelajaran, maka mereka akan lebih percaya akan kebaikan usrah itu buat anaknya.
h) Akak tak pasti adik sekolah harian atau sekolah asrama. Jika adik sekolah harian, bolehlah diusahakan seperti yang akak terangkan di atas. Tapi jika adik sekolah asrama, maka pertama, adik boleh cuba yakinkan ibubapa adik bahawa usrah adik kini telah menjadi study group adik. Mungkin juga adik boleh beritahu kepada ibubapa adik tentang jurusan atau pekerjaan kakak-kakak adik untuk meyakinkan ibubapa adik bahawa kakak-kakak itu layak sebagai seorang tutor. Tapi seandainya mereka tetap tidak membenarkan, maka mungkin sudah cukup jika pertemuan mingguan kalian sekadar bertanya kabar. Agar tidak mengambil masa adik, mungkin boleh minta kakak-kakak adik datang pada waktu makan -maka pertemuan kalian tidak 'mencuri' waktu belajar kalian.
i) Tapi diakhirnya, adik tetap perlu berbincang dengan naqibah adik tentang apa cara yang terbaik. Adik jangan risau, naqibah adik pasti akan faham. Mungkin juga dia ada cadangan yang lebih bernas dari apa yang akak telah cadangkan. Juga, jangan lupa untuk terus berdoa kepada Allah untuk memberikan jalan keluar yang terbaik.
j) Seandainya memang tiada jalan keluar, seandainya ibubapa adik memang tidak benarkan kalian berjumpa, then it is ok. Adik kuatkan kesabaran, jangan terlalu tension mengenainya. Yang penting adik tahu, selama ini ibubapa adik tidak kisah adik mengikuti usrah dan selepas SPM adik boleh tetap sambung mengikuti usrah. Biarlah terpaksa berkorban sebentar demi memenuhi permintaan ibubapa adik. Jika adik berdegil sekarang, boleh jadi adik akan memberi gambaran yang negatif tentang usrah kepada ibubapa adik. Mungkin mereka akan nampak bahawa usrah itu akan menjadikan anaknya seorang yang tidak lagi taat dan hormat pada ibubapa. Dan sekalipun kelak adik berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran tanpa perlu menghentikan usrah, ibubapa adik mungkin sudah tidak lagi redha dan berkati adik mengikuti usrah. Ini pasti lebih teruk keadaannya. Mesti adik tidak mahu ia jadi sampai tahap begini kan?
4) Bilamana adik mengikuti usrah, maka adik perlu faham bahawa kita tidak lari daripada masalah-masalah normal seorang manusia. Jika sekalipun adik tidak mengikuti usrah tetapi aktif dalam netball sebagai contohnya, ibubapa adik tetap akan akan menyuruh adik berhenti bermain netball untuk memberikan tumpuan kepada pelajaran. Begitu jugalah dalam isu usrah adik ini. Jadi, usah terlalu stress mengenainya. Take it positively.
5) Beberapa perkara yang akak harap adik boleh dapat daripada penjelasan akak yang panjang lebar ni, plus a few other points adalah:
  • usrah itu fleksibel. Ia boleh diadakan dalam pelbagai cara andai keadaan pada suatu masa itu tidak mengizinkan ia dijalankan seperti kebiasaan
  • berbincanglah dengan naqibah adik tentang apa jua masalah yang adik hadapi. She is there to help you
  • jangan ketepikan permintaan/hasrat ibubapa anda. Walau apa yang berlaku, priority adik adalah kepada mereka. maka usahakan cara agar adik dapat apa yang adik nak, dan pada waktu sama, hati mereka tidak terluka. Tiada guna kita kekal dalam usrah tetapi ibubapa kita tidak meredhai kita. Ingat, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. Sesungguhnya, doa ibubapa itu sangat mustajab, keep that in mind. Maka adik perlu bijak menangani isu ini.
  • cemerlang dalam akademik tetap sama pentingnya, tambah lagi pada kita yang membawa imej islam. maka permintaan ibubapa adik sebenarnya tidaklah keterlaluan. So, in the worst case scenario, just take it positively. =)
  • betulkan niat, dan kuatkan pergantungan kepada Allah
  • konsisten mengikuti usrah bukan ukuran kita cemerlang akhirat. tapi amalan-amalan kita diluar waktu usrah itulah yang manjadi kayu ukur. jadi andaikata adik tidak dapat mengikuti usrah dalam tempoh ini, teruskan beramal. perbanyakkan amalan sunat, perbanyakkan baca al-quran, jangan tinggal ma'thurat, terus berbuat baik pada kedua ibubapa dan orang-orang disekeliling kita, banyakkan bersedakah dan berpuasa dan sebagainya..( tapi jangalah lepas ni langsung dah tak nak ikut usrah ye...hehe)
Semoga Allah menunujukkan jalan keluar bagi adik. Ini adalah salah satu ujian dari Allah untuk menjadikan adik lebih matang dan faham akan kehidupan. =)

teman tapi mesra

assalamualaikum..
buat kakak krim putri.
saya Siti dan mempunyai sedikit masalah dan saya nak minta masukan kakak-kakak Putri.
saya merupakan pelajar tingkatan 5 dan bersekolah di sebuah smka.
alhamdulillah saya mendapat tarbiyah yang baik dan banyak yang saya tahu tentang Islam. saya tahu Islam tidak membenarkan percampuran bebas antara lelaki dan perempuan. saya cuba sedaya upaya untuk menundukkan pandangan dan menjaga batas saya sebagai seorang muslimah.


namun, baru-baru ini seorang pelajar lelaki tingkatan 3 sekolah saya telah menghubungi saya dan ingin berkawan lebih rapat dengan saya. saya tidak melayan panggilan lelaki tersebut namun pelajar lelaki itu terus mengganggu saya dan menghubungi saya. lelaki tersebut terkenal dengan sikap baiknya. sebagai remaja, sedikit sebanyak hati saya juga terusik untuk berkawan dengan lelaki itu. tapi saya tahu tidak boleh. apa yang perlu saya lakukan?mohon masukan.




***************


Assalamualaikum Siti =)
Alhamdulillah, Siti masih berfitrah seperti seorang manusia biasa ;)
Setiap kali Siti terasa nak berkawan dengannya..itulah bisikan nafsu.
Dan setiap kali Siti sedar bahawa Siti tidak boleh berkawan dengannya, ..itulah bisikan hidayah. Maka berpegang teguhlah pada bisikan hidayah itu, kerana itu yang diredhai Allah.
Akak baru lepas baca satu bab ni daripada buku La Tahzan (Jangan bersedih) karangan Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni. Bab tu bertajuk: Waspadalah terhadap kerinduan. Akak nak kaitkan dengna bab ni, sebab akak rasa, bilamana bisikan nafsu tu menguasai diri, maka kita bagaikan sedang rindu. Rindu untuk berkawan dengan dia yang bukan muhrim kita.
Dalam bab ni, dikatakan bahawa antara faktor penyebab kerinduan adalah:
  • Hati kosong dari rasa cinta kepada Allah s.w.t
  • Sikap meliarkan pandangan (i.e. tak menundukkan pandangan)
  • Sedikit beribadah, zikir, melakukan amalan sunat etc
Maka, kita perlu muhasabah diri, benar tak kita punyai ciri-ciri ni, dan seandainya ada, maka kita perlulah berusaha untuk membuangnya.
Antara yang boleh kita lakukan untuk mengubati penyakit ni adalah:
  • Menyibukkan diri dengan beribadah kepada Allah. banyakkan beristighfar dan berzikir
  • Menjaga pandangan mata dan kemaluan
  • Meninggalkan tempat di mana orang yang dirindukan berada (lelaki tingkatan 3 tu), dan hindarkan diri dari mengingatinya.
  • menyibukkan diri dengan amal soleh
  • and, last but not least, menikah secara syarie.
  • (tambahan dari akak): sibukkan juga diri dengan SPM yang sudah semakin hampir =)
Tapi akak juga faham daripada email adik bahawa lelaki itu yang sering menggangu adik, lantas menyebabkan adik berkeinginan/rindu untuk nak mengenali lelaki itu. Betulkan?
Apa yang akak boleh cadangkan adalah, adik anggaplah setiap panggilan telefon atau gangguan yang adik terima tu sebagai ujian dari Allah. Allah sedang menguji keimanan adik, nak tengok adakah adik akan tergoda atau terus bertahan. Lelaki itu pula hanyalah pengantara untuk Allah uji awak. Maka setiap kali telefon berdering dan nombornya terpancar di telefon adik, berkatalah "haa..ni Allah sedang uji ni.. aku takkan tertewas kali ini..La hawlawala quwwata illa billah". Maka terus la bersabar dan tidak mengendahkannya.
Dah tidak lama dah..bila Siti dah habis SPM, Siti tidak lagi ke sekolah itu, dia juga tidak akan berjumpa/terlihat dengan Siti sekerap sekarang. Maka insya-Allah, semoga dia juga dapat mengawal dan menghilangkan sebarang perasaan dia kepada Siti.

Dan jika gangguan dari lelaki itu terlalu keterlaluan, dapatkanlah pertolongan sahabat lain, ataupun guru yang Siti percayakan, untuk menasihati lelaki itu agar tidak mengganggu Siti lagi.
Siti bersabar ye.. Siti tak keserorangan. ramai lagi remaja lain di luar sana yang juga sedang bermujahadah di atas ujian yang sama. Ayuh kita pastikan kita termasuk bersama golongan yang berjaya, eh? =)
Setakat ini dahulu pandangan dari pihak kami. Jika adik ada persoalan yang lebih lanjut, silakan bertanya ye? =)

Sunday, August 22, 2010

of mandi wajib and preaching

Salaam to the team,
On behalf of my friends, I would like to ask the following questions:
1) During Ramadhan, if I had just finished my period, do I have to perform my 'mandi wajib' before Subuh so that I can fast on the following day? Because, as far as I am concern, the 'niat' has to be made the night before.
2) What do we answer if the non-muslims ask us why we do not tell them about Islam? Are we at fault for not doing so?
-alia-
***************


Dear alia, thanks for your questions.

1) Yes, the niat has to be made the night before. But no, it is not compulsory to take the bath before Subuh. It is ok to take the bath after Subuh; your fast is still valid. But make sure you do not procrastinate the bath until after zohor or asar and so forth.

2)Regarding question num 2, you can answer them by saying this : "I am telling you about Islam without you knowing it. It is unconscious but it happens. How?It is actually through my actions which I portray to you. Telling does not mean only through conversations or dialogues. Telling can be by the gestures that people portrays and through their facial expressions.Those are also forms of communication between sender and receiver" ..."and, oh, in addition to that, if you would like to know into more specific, you could just ask me." =)

Reminder: That's why we as muslim need to portray good akhlak because action speaks louder than words.

Thursday, July 29, 2010

Serba - serbi tak kena

Dear Sis,
Saya ada satu masalah ni. Saya tak tahu nak ngadu kat sape. Saya bosan la duk umah. Tiap-tiap hari asyik kene marah je. Buat ini tak kena, buat itu tak kena. Saya diam pun salah, bising pun salah. Tak faham betul la. Mak ngan ayah tu asyik nak marah je. Tak tau ke kite pun letih gak balik skolah pastu kene suruh buat itu dan ini. Lambat buat sket je da marah. Tensen auu..Apa yang saya nak buat sis-sis semua? Rasa nak lari dari umah pun ada argghh..
-Jiwa tertekan-


***************


Salam to adik jiwa tertekan,
Apa khabar sekarang? Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah dik di sini. Adik, masalah adik ni bukan adik seorang je yang hadapi. Ramai lagi kawan-kawan adik di luar sana yang mengalaminya. It actually depends on how you perceive it.
Bagi akak, cara yang terbaik dalam menangani isu ini adalah dengan cara, kita berbaik sangka pada mereka. Mungkin mereka amat penat bekerja, atau mungkin mereka ada masalah-masalah lain yang menyebabkan mereka menjadi pemarah.
Akak faham perasaan adik, sebab akak juga pernah melalui proses yang sama. Tapi, pada akak..yang terbaik hanyalah untuk berdiam diri. Tak perlu untuk melawan mereka. Walau macammana marah ataupun stress nya kita dengan mereka, satu perkara yang adik perlu ingat, mereka berdualah orang yang telah membesarkan kita sejak kita lahir. Cuba adik hitung, itupun kalau mampu untuk adik ingat, berapa banyak kali adik merengek, merajuk, menangis, mengamuk sejak adik lahir hingga adik di umur sekarang ni.. tentu tak terkira kan? Namun dalam kita membuat perangai sedemikian, merekalah orang yang telah bersabar melayan kerenah kita dan sedaya upaya memenuhi kehendak kita.
Tidakkah mereka stress melayan kita sepanjang tempoh itu? Pasti stress dik..pasti stress. Apatah lagi jika pada waktu itu ramai lagi adik-beradik adik yang berusia hampir sebaya dengan adik; atau pada waktu itu mereka juga bekerja dan sering dibebani dengan masalah kerja mereka; atau pada waktu itu kewangan keluarga tidak begitu memberangsangkan.. Namun, pernahkah mereka tergamak membuang kita di tepi jalan kerana stress melayan dan membesarkan kita?
Pastinya tidak kan.. sebab kalau ya, tidak lah adik ada masalah yang sebegini. Dan apa yang menyebabkan mereka tidak pernah terlintas pun untuk membuang adik di tepi jalan ketika adik masih kecil? Tentunya kerana kasih sayang mereka yang amat tinggi kepada adik, yang jauh mengatasi rasa stress atau penat mereka melayan kerenah adik. Dan kerana Allah acknowledge pengorbanan mereka itu, Allah turunkan perintah berikut..
Firman Allah SWT maksudnya: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia". (Al Isra' 23)
Nah, sedangkan 'AH' pun kita tidak dibenarkan untuk ucap kepada kedua orang tua kita kerana telah banyak kasih sayang dan pengorbanan yang mereka curahkan pada kita. Maka, apakah kita tidak cukup sayangkan ibu bapa kita hinggakan kita sanggup untuk lari dari rumah?
Akak pernah membaca satu rencana bertajuk berfikiran positif, dan antara isinya adalah, sebagai contoh, jika anda merasa penat dengan keadaan rumah yang perlu dikemaskan, maka bersyukurlah kerana anda masih mempunyai rumah sebagai tempat tinggal. Jika anda penat mendengar leteran daripada orang sekeliling, bersyukurlah kerana anda masih mempunyai telinga yang boleh mendengar. dan kalau boleh akak kaitkan rencana itu dengan isu adik ni, ketahuilah bahawa jika adik penat dimarahi oleh ibu bapa adik, bersyukurlah kerana sesungguhnya, itu petanda adik masih mempunyai ibu bapa.
Akak teringat cerita seorang kawan akak. Neneknya baru sahaja kembali ke rahmatullah. Dan ibunya sering menyesal kerana tidak sempat nak membalas semua jasa neneknya itu wlwpun selama berpuluh tahun ibunya berbakti kepada neneknya sebagai seorang anak yang taat. Itu adalah luahan hati seorang anak yang taat berbakti. Kalau kita? Jangan tunggu sampai mereka hilang di dunia baru kita mahu menyesal.
Apa yang akak boleh cadangkan, adalah untuk adik mengelak daripada dimarahi. Apa yang akak faham dari masalah adik, adik dimarahi kerana tidak membuat/lambat membuat sesuatu tugasan yang mereka suruh. Maka, mungkin ada baiknya jika adik dapat senaraikan tugas rutin seharian adik yang ibu bapa adik selalu suruh buat. Sebagai contoh, pukul 6.30 petang, kain di jemuran sudah kena angkat dan dilipat. Pukul 7.15petang, dah siap mandi dan bersiap untuk solat maghrib. Pukul 8.30 malam, duduk di meja belajar untuk membuat kerja rumha dan ulangkaji. dan sebagainya... adik lebih tahu apa tugasan adik.
Kemudian, adik ikutlah jadual tugasan adik ni. Kalau pukul 6.30, adik terus keluar angkat kain di jemuran dan bawa masuk untuk lipat. Kerana adik tahu itu adalah tugasan harian adik. Tidak perlu untuk tunggu untuk mak atau ayah adik suruh. Kemudian pukul 7.15, tanpa perlu disuruh, adik sudah tutup television dan sudah pergi mandi dan bersiap untk solat maghrib. Pukul 8.30, adik terus ke meja belajar dengan sendirinya sebelum sempat ibu atau ayah adik bersuara. Dengan cara ini, adik dapat mengelakkan atau mengurangkan diri adik daripada dimarahi oleh ibu bapa adik.
Dan apabila ibu bapa adik nampak adik sudah pandai untuk jalankan tugasan adik dengan sendirinya tanpa perlu disuruh, mereka akan 'cool down'. Mereka pasti akan lebih percaya dan bergantung harap pada adik dalam urusan membantu mereka menyelesaikan kerja-kerja rumah. Maka, mereka akan tidak lagi memarahi adik, sekalipun sekali-sekala mungkin adik terlupa untuk membuat satu-satu tugasan.

Wallahualam. Inilah sedikit sebanayak yang dapat akak kongsi. Cuba adik mencuba dulu kaedah ini.. semoga ia berkesan kepada adik, dan semoga jiwa adik tidak lagi tertekan.
Sis Fafa/ Sis Hanani =)