buat kakak krim putri.
saya Siti dan mempunyai sedikit masalah dan saya nak minta masukan kakak-kakak Putri.
saya merupakan pelajar tingkatan 5 dan bersekolah di sebuah smka.
alhamdulillah saya mendapat tarbiyah yang baik dan banyak yang saya tahu tentang Islam. saya tahu Islam tidak membenarkan percampuran bebas antara lelaki dan perempuan. saya cuba sedaya upaya untuk menundukkan pandangan dan menjaga batas saya sebagai seorang muslimah.
namun, baru-baru ini seorang pelajar lelaki tingkatan 3 sekolah saya telah menghubungi saya dan ingin berkawan lebih rapat dengan saya. saya tidak melayan panggilan lelaki tersebut namun pelajar lelaki itu terus mengganggu saya dan menghubungi saya. lelaki tersebut terkenal dengan sikap baiknya. sebagai remaja, sedikit sebanyak hati saya juga terusik untuk berkawan dengan lelaki itu. tapi saya tahu tidak boleh. apa yang perlu saya lakukan?mohon masukan.
***************
Assalamualaikum Siti =)
Alhamdulillah, Siti masih berfitrah seperti seorang manusia biasa ;)
Setiap kali Siti terasa nak berkawan dengannya..itulah bisikan nafsu.
Dan setiap kali Siti sedar bahawa Siti tidak boleh berkawan dengannya, ..itulah bisikan hidayah. Maka berpegang teguhlah pada bisikan hidayah itu, kerana itu yang diredhai Allah.
Akak baru lepas baca satu bab ni daripada buku La Tahzan (Jangan bersedih) karangan Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni. Bab tu bertajuk: Waspadalah terhadap kerinduan. Akak nak kaitkan dengna bab ni, sebab akak rasa, bilamana bisikan nafsu tu menguasai diri, maka kita bagaikan sedang rindu. Rindu untuk berkawan dengan dia yang bukan muhrim kita.
Dalam bab ni, dikatakan bahawa antara faktor penyebab kerinduan adalah:
- Hati kosong dari rasa cinta kepada Allah s.w.t
- Sikap meliarkan pandangan (i.e. tak menundukkan pandangan)
- Sedikit beribadah, zikir, melakukan amalan sunat etc
Antara yang boleh kita lakukan untuk mengubati penyakit ni adalah:
- Menyibukkan diri dengan beribadah kepada Allah. banyakkan beristighfar dan berzikir
- Menjaga pandangan mata dan kemaluan
- Meninggalkan tempat di mana orang yang dirindukan berada (lelaki tingkatan 3 tu), dan hindarkan diri dari mengingatinya.
- menyibukkan diri dengan amal soleh
- and, last but not least, menikah secara syarie.
- (tambahan dari akak): sibukkan juga diri dengan SPM yang sudah semakin hampir =)
Apa yang akak boleh cadangkan adalah, adik anggaplah setiap panggilan telefon atau gangguan yang adik terima tu sebagai ujian dari Allah. Allah sedang menguji keimanan adik, nak tengok adakah adik akan tergoda atau terus bertahan. Lelaki itu pula hanyalah pengantara untuk Allah uji awak. Maka setiap kali telefon berdering dan nombornya terpancar di telefon adik, berkatalah "haa..ni Allah sedang uji ni.. aku takkan tertewas kali ini..La hawlawala quwwata illa billah". Maka terus la bersabar dan tidak mengendahkannya.
Dah tidak lama dah..bila Siti dah habis SPM, Siti tidak lagi ke sekolah itu, dia juga tidak akan berjumpa/terlihat dengan Siti sekerap sekarang. Maka insya-Allah, semoga dia juga dapat mengawal dan menghilangkan sebarang perasaan dia kepada Siti.
Dan jika gangguan dari lelaki itu terlalu keterlaluan, dapatkanlah pertolongan sahabat lain, ataupun guru yang Siti percayakan, untuk menasihati lelaki itu agar tidak mengganggu Siti lagi.
Siti bersabar ye.. Siti tak keserorangan. ramai lagi remaja lain di luar sana yang juga sedang bermujahadah di atas ujian yang sama. Ayuh kita pastikan kita termasuk bersama golongan yang berjaya, eh? =)
Setakat ini dahulu pandangan dari pihak kami. Jika adik ada persoalan yang lebih lanjut, silakan bertanya ye? =)
No comments:
Post a Comment