salam.
sis.
saya nadia.
saya bersekolah di sebuah sekolah agama di Kuala Lumpur. saya adalah anak harapan kedua ibu bapa saya dan ibu bapa saya meletakkan target yang tinggi untuk saya berjaya dalam pelajaran dan cemerlang dibidang kokurikulum. Alhamdulillah saya menjadi Penolong Ketua Pelajar di sekolah saya dan mengikuti banyak aktiviti kokurikulum hingga peringkat kebangsaan. SPM is just around the corner. di sekolah saya, saya mengikuti usrah yang dihandle oleh kakak yang datang dari luar (bukan dari dalam sekolah saya). alhamdulillah sudah setahun saya mengikuti usrah tersebut dan kedua ibu bapa juga mengenali kakak usrah saya itu. baru-baru ini ibu bapa saya tidak lagi membenarkan saya mengikuti usrah kakak tersebut yang diadakan pada hari ahad setiap minggu dengan alasan tidak mahu mengganggu pelajaran saya.
saya rasa agak bersalah dan rasa malu untuk berjumpa dengan kakak tersebut. saya tahu usrah bukan alasan untuk tidak berjaya dalam pelajaran namun kehendak ibu bapa saya adalah sebaliknya. mungkin ada cadangan untuk saya kerana saya ingin cemerlang dunia dan akhirat juga.sis.
saya nadia.
saya bersekolah di sebuah sekolah agama di Kuala Lumpur. saya adalah anak harapan kedua ibu bapa saya dan ibu bapa saya meletakkan target yang tinggi untuk saya berjaya dalam pelajaran dan cemerlang dibidang kokurikulum. Alhamdulillah saya menjadi Penolong Ketua Pelajar di sekolah saya dan mengikuti banyak aktiviti kokurikulum hingga peringkat kebangsaan. SPM is just around the corner. di sekolah saya, saya mengikuti usrah yang dihandle oleh kakak yang datang dari luar (bukan dari dalam sekolah saya). alhamdulillah sudah setahun saya mengikuti usrah tersebut dan kedua ibu bapa juga mengenali kakak usrah saya itu. baru-baru ini ibu bapa saya tidak lagi membenarkan saya mengikuti usrah kakak tersebut yang diadakan pada hari ahad setiap minggu dengan alasan tidak mahu mengganggu pelajaran saya.
****************
Salam Nadia..apa kabar? =)Akak baca email adik ni, akak tersenyum. Teringat zaman akak di sekolah dulu. Tapi masa tu, akak bukan busy dengan usrah. Akak busy dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum lain, seperti camping, kursus, pertandingan debat dan sebagainya. Sampai satu tahap, ibu akak juga melarang akak untuk menyertai lagi aktiviti-aktiviti ini kerana mahu akak beri tumpuan kepada pelajaran.
Satu perkara yang adik perlu sangat faham adalah, ibubapa adik sangat sayangkan adik. Dan kerana itu, ibubapa adik perihatin dan risau andai kata adik kecundang dalam pelajaran, apatah lagi dalam peperiksaan yang penting seperti SPM. Mungkin ibu bapa adik tak dapat memahami kepentingan usrah dalam kehidupan adik seperti mana yang adik rasakan. Tapi yang pasti, mereka menginginkan adik cemerlang dalam pelajaran agar berjaya di masa hadapan. Jadi, seandainya wujud rasa marah dalam diri adik terhadap ibubapa adik kerana larangan mereka ini, nasihat akak, buangkan jauh-jauh perasaan itu. Sebaliknya, tingkatkan kesyukuran kepada Allah kerana adik mempunyai ibubapa yang menyayangi adik, serta tingkatkan rasa kasih sayang adik kepada kedua ibubapa adik. Seterusnya, mari kita cari jalan bagaimana mahu mengatasi isu ini.
Dalam proses memberikan cadangan kepada adik, akak nak bawa adik berfikir secara berperingkat.
1) Yang pertama, sejak setahun lalu, ibubapa adik telah membenarkan adik mengikuti usrah. Malah ibubapa adik juga telah berkenalan dengan kakak-kakak yang mentarbiyah adik ni. Ini bermaksud bahawa ibubapa adik membenarkan, meredhai dan memberkati adik untuk mengikuti usrah. Alhamdulillah kerana itu. Sesungguhnya tidak semua ibu bapa membenarkan anak mereka mengikuti usrah. Dari sini juga, kita dapat tahu bahawa ibubapa kita bukan saja-saja mencari-cari alasan agar kita tidak mengikuti usrah.
2) Bilamana SPM dah semakin menghampiri, barulah ibubapa adik meminta adik untuk 'berhenti sebentar' dari mengikuti usrah. Dan, bak kata adik, ini agar ia tidak mengganggu pelajaran adik. Ini juga bermakna, bilamana adik telah habis SPM, ibubapa adik akan membenarkan adik untuk kembali mengikuti usrah, kan? Sekali lagi, alhamdulillah..adik tahu di masa hadapan, adik akan terus mengikuti usrah, insya-Allah.
3) Jadi isu sekarang ni adalah, dalam tempoh sekarang sampai ke hari kertas terakhir SPM nanti, bagaimana?
a) Dari satu sudut, mungkin adik boleh meluaskan lagi definisi 'usrah' bagi adik. Akak mengandaikan bahawa definisi 'usrah' bagi adik, dan juga bagi ibubapa adik adalah bilamana kalian duduk dalam halaqah, memluakan dengan tadarus quran, kemudian dengan tazkirah atau pembentangan oleh naqibah (kakak-kakak usrah tu), kemudian mungkin juga pembentangan oleh mana-mana ahli kumpulan usrah seperti yang telah ditugaskan, kemudian ada sesi isu-isu berbangkit, diakhiri dengan doa, mungkin juga dengan jamuan ringan selepasnya, setelah itu usrah bersurai. Semua kembali ke kerja masing-masing. Dan untuk semua urusan ini berjalan, sudah cukup untuk memakan masa sejam ke dua jam daripada waktu adik. Suatu ketika dulu, ini juga definisi usrah bagi diri akak
b) Bilamana akak mengikuti usrah di universiti, barulah akak nampak usrah dalam skop yang berlainan. Di universiti akak dulu, bilamana musim peperiksaan menghampiri, usrah seperti definisi di atas akan diberhentikan. Bermakna, tiada 'usrah' akan berjalan. Dan tujuannya adalah untuk memberi ruang kepada kami untuk fokus kepada akademik. Tetapi untuk memastikan hati antara setiap ahli usrah sentiasa tertaut, maka seminggu sekali, sepertimana jadual biasa usrah, kami akan tetap berkumpul, tetapi untuk belajar bersama. Dan selalunya, ketika ini, pertemuan kami lebih lama daripada pertemuan usrah biasa. Malah ketika ini juga, ukhuwah antara kami menjadi lebih rapat.
c) Ada kalanya, walau bukan musim peperiksaan, namun dek kesibukan semua orang menyebabkan sukar untuk berkumpul dan ber'usrah', maka kami akan 'usrah' cara lain. Sebagai contoh, semua wajib menghadirkan diri pada riadah mingguan, di mana di situ menjadi tempat kita bertemu dan menggantikan 'usrah' pada minggu itu.
d) Memang, pada kedaan yang lebih ideal, 'usrah' yang formal itu mungkin tidak sepatutnye berhenti walau apa jua yang mendatang. Namun, dalam keadaan kehidupan seharian kita yang tidak lari daripada urusan-urusan penting yang lain, 'usrah' itu bisa diubahsuai dalam bentuk-bentuk yang selain daripada kebiasaan. Contohnya seperti yang akak berikan dalam bahagian (b) dan (c).
e) Pertama sekali, apa yang adik perlu lakukan adalah menceritakan kepada naqibah adik akan masalah adik ini, dan bawa berbincang bersama naqibah dan juga bersama ahli usrah yang lain. Dalam penceritaan di atas, adik mengatakan bahawa adik rasa "bersalah dan malu untuk berjumpa dengan kakak tersebut". Ini satu perasaan yang akak syorkan adik buang. Akak menggalakkan adik untuk menjadikan kakak-kakak usrah adik tu sebagai tempat mengadu sebarang masalah, dan tempat rujukan dan tempat mendapatkan nasihat untuk menyelesaikan masalah adik. Kerana itu lah peranan seorang naqibah. Selagi mana kita tidak mampu berterus terang dengan naqibah kita tentang keadaan kita, maka 'barrier' antara kita dan naqibah sebenarnya belum dihapuskan sepenuhnya. Akak yakin, jika adik menceritakan masalah adik kepada mereka, pasti mereka akan mencari jalan untuk meleraikan masalah adik ini secara bersama.
f) Apa yang akak boleh cadangkan kepada adik, untuk dicadangkan kepada kakak-kakak usrah adik nanti adalah, menjadikan pertemuan usrah tu sebagai tempat untuk berdiskusi tentang pelajaran bersama-sama. Jadi, pertemuan mingguan kalian mungkin masih boleh dimulakan dengan tadarus al-quran, kemudian mungkin dengan tazkirah yang amat ringkas dari naqibah. Dan waktu seterusnya digunakan untuk belajar. Kelebihan di waktu ini adalah adik-adik ada kakak-kakak tu sebagai tempat merujuk dan bertanya. Dan ia boleh terus begini sampai SPM sendiri atau hingga waktu yang lebih hampir kepada SPM. Pada ketika itu, mungkin sudah cukup untuk naqibah adik hanya datang bertanyakan kabar dan memberikan sedikit kata semangat, kemudian adik kembali kepada pembelajaran adik. Jika naqibah adik tidak datang sekalipun, adik-adik sesama ahli usrah boleh berkumpul sebentar ketika waktu makan dan sebagainya untuk saling bertanya kabar dan memberikan kata semangat dan nasihat.
g) Dengan 'usrah' yang sebegini, i.e. sudah bertukar menjadi 'study group', mungkin ibubapa adik akan membenarkan untuk terus bertemu dengan kumpulan usrah adik ini. Jika ibubapa adik kurang mempercayai, maka mungkin 'usrah/study group' ni boleh diadakan sahaja di rumah adik. Iaitu di bawah pemantauan ibubapa adik. Bila mereka lihat kalian tetap berkumpul seperti biasa tapi untuk berbincang tentang pelajaran, maka mereka akan lebih percaya akan kebaikan usrah itu buat anaknya.
h) Akak tak pasti adik sekolah harian atau sekolah asrama. Jika adik sekolah harian, bolehlah diusahakan seperti yang akak terangkan di atas. Tapi jika adik sekolah asrama, maka pertama, adik boleh cuba yakinkan ibubapa adik bahawa usrah adik kini telah menjadi study group adik. Mungkin juga adik boleh beritahu kepada ibubapa adik tentang jurusan atau pekerjaan kakak-kakak adik untuk meyakinkan ibubapa adik bahawa kakak-kakak itu layak sebagai seorang tutor. Tapi seandainya mereka tetap tidak membenarkan, maka mungkin sudah cukup jika pertemuan mingguan kalian sekadar bertanya kabar. Agar tidak mengambil masa adik, mungkin boleh minta kakak-kakak adik datang pada waktu makan -maka pertemuan kalian tidak 'mencuri' waktu belajar kalian.
i) Tapi diakhirnya, adik tetap perlu berbincang dengan naqibah adik tentang apa cara yang terbaik. Adik jangan risau, naqibah adik pasti akan faham. Mungkin juga dia ada cadangan yang lebih bernas dari apa yang akak telah cadangkan. Juga, jangan lupa untuk terus berdoa kepada Allah untuk memberikan jalan keluar yang terbaik.
j) Seandainya memang tiada jalan keluar, seandainya ibubapa adik memang tidak benarkan kalian berjumpa, then it is ok. Adik kuatkan kesabaran, jangan terlalu tension mengenainya. Yang penting adik tahu, selama ini ibubapa adik tidak kisah adik mengikuti usrah dan selepas SPM adik boleh tetap sambung mengikuti usrah. Biarlah terpaksa berkorban sebentar demi memenuhi permintaan ibubapa adik. Jika adik berdegil sekarang, boleh jadi adik akan memberi gambaran yang negatif tentang usrah kepada ibubapa adik. Mungkin mereka akan nampak bahawa usrah itu akan menjadikan anaknya seorang yang tidak lagi taat dan hormat pada ibubapa. Dan sekalipun kelak adik berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran tanpa perlu menghentikan usrah, ibubapa adik mungkin sudah tidak lagi redha dan berkati adik mengikuti usrah. Ini pasti lebih teruk keadaannya. Mesti adik tidak mahu ia jadi sampai tahap begini kan?
4) Bilamana adik mengikuti usrah, maka adik perlu faham bahawa kita tidak lari daripada masalah-masalah normal seorang manusia. Jika sekalipun adik tidak mengikuti usrah tetapi aktif dalam netball sebagai contohnya, ibubapa adik tetap akan akan menyuruh adik berhenti bermain netball untuk memberikan tumpuan kepada pelajaran. Begitu jugalah dalam isu usrah adik ini. Jadi, usah terlalu stress mengenainya. Take it positively.
5) Beberapa perkara yang akak harap adik boleh dapat daripada penjelasan akak yang panjang lebar ni, plus a few other points adalah:
- usrah itu fleksibel. Ia boleh diadakan dalam pelbagai cara andai keadaan pada suatu masa itu tidak mengizinkan ia dijalankan seperti kebiasaan
- berbincanglah dengan naqibah adik tentang apa jua masalah yang adik hadapi. She is there to help you
- jangan ketepikan permintaan/hasrat ibubapa anda. Walau apa yang berlaku, priority adik adalah kepada mereka. maka usahakan cara agar adik dapat apa yang adik nak, dan pada waktu sama, hati mereka tidak terluka. Tiada guna kita kekal dalam usrah tetapi ibubapa kita tidak meredhai kita. Ingat, keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. Sesungguhnya, doa ibubapa itu sangat mustajab, keep that in mind. Maka adik perlu bijak menangani isu ini.
- cemerlang dalam akademik tetap sama pentingnya, tambah lagi pada kita yang membawa imej islam. maka permintaan ibubapa adik sebenarnya tidaklah keterlaluan. So, in the worst case scenario, just take it positively. =)
- betulkan niat, dan kuatkan pergantungan kepada Allah
- konsisten mengikuti usrah bukan ukuran kita cemerlang akhirat. tapi amalan-amalan kita diluar waktu usrah itulah yang manjadi kayu ukur. jadi andaikata adik tidak dapat mengikuti usrah dalam tempoh ini, teruskan beramal. perbanyakkan amalan sunat, perbanyakkan baca al-quran, jangan tinggal ma'thurat, terus berbuat baik pada kedua ibubapa dan orang-orang disekeliling kita, banyakkan bersedakah dan berpuasa dan sebagainya..( tapi jangalah lepas ni langsung dah tak nak ikut usrah ye...hehe)
saya kak nisa.alhamdulillah akak dah di alam pekerjaan.cadangan akak, beritahu mak yang adik pergi study group dengan kawan-kawan.selepas habis usrah, adik berbincang dgn naqibah@kakak dan kawan-kawan usrah berkenaan pelajaran.so, bawa buku belajar dan selit-selitkan buku usrah sekali. kira guna kaedah 'double meaning word' , belajar dan usrah pada masa yang sama.
ReplyDelete